Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR & BATIN

Sempena Hari Raya yang akan menjelang tiba, saya yang mewakili PIBG SKC ingin mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua warga SKC dan pelajar yang beragama Islam. Bagi mereka yang akan membuat perjalanan jauh untuk pulang kekampung, nasihat kami ialah "BERHATI-HATI DIJALANRAYA".

Untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR bermula pada 21hb Sept, kami berharap semoga tidak terlalu ghairah untuk menyambut hari raya sehingga lupa mengulangkaji pelajaran disaat-saat akhir. Raya boleh dapat setiap tahun tapi UPSR hanya datang sekali dalam seumur hidup. Dengan itu UPSR adalah lebih penting setelah penat berusaha.

Sekian, terima kasih.

YDP PIBG

No comments: