Tuesday, April 14, 2009

SUKAN TAHUNAN KE-6 2009

Bersyukur kita kerana majlis Sukan Tahunan ke-6 yang diadakan buat pertama kalinya di padang sekolah telah dapat diadakan dengan jaya dan meriah. Ribuan terima kasih kepada semua ibubapa dan guru-guru yang telah hadir untuk sama-sama memberi semangat kepada anak-anak kita. Jutaan terima kasih kepada AJK PIBG dan guru-guru yang telah membantu untuk memastikan majlis sukan ini berjalan dengan lancar. Terima kasih tak terhingga kepada Ybhg Datuk Haji Astaman atas kehadiran beliau untuk meresmikan penutupan dan sumbangan beliau sebanyak RM2,000 untuk Tabung PIBG SKC. Majlis kali ini telah mengambarkan semangat kemesraan dan tolong-menolong antara ibubapa dan guru-guru SKC untuk menjadikan SKC sebuah sekolah yang melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang. PIBG berharap semoga pihak ibubapa akan terus memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam merealisasikan hasrat ini.












































Tuesday, April 7, 2009

Ucapan Penghargaan Gotong Royong 2009

Majlis Gotong Royong telah dapat diadakan dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir untuk mencantikan dan mengindahkan suasana sekolah anak kita. Bagi mereka yang tak hadir, harap kita boleh berjumpa di program yang akan datang.

Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan dalam segala bentuk dan terima kasih tak terhingga kepada En. Ismail Bin Ahmad dari Athirah Batik diatas sumbangan beliau dalam bentuk cat dan idea untuk mencantikkan ruang legar sekolah.

PIBG berharap semoga lebih banyak aktiviti seperti ini dapat dilakukan dan disertai oleh lebih ramai ibubapa untuk meningkatkan kemesraan antara warga SKC dan demi kebaikan sekolah anak-anak kita.




























Terima kasih,
YDP PIBG