Wednesday, February 25, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-6

SEMUA AHLI PIBG SKC ADALAH DIJEMPUT HADIR KE MESYUARAT AGUNG PIBG KE-6 SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 28HB FEBRUARI 2009
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK COCHRANE

ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga
Sarapan pagi

8.30 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa

8.45 pagi : Ucapan Guru Besar
En. Najib Awang Hassan

: Ucapan Yang Dipertua
En. Ainul Hasnizam Abu Hassan

: Mesyuarat Agung kali Ke-6 bermula

Agenda Mesyuarat :

1. Perutusan Guru Besar
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung yang lalu.
4. Perkara-perkara Berbangkit
5. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2008/2009
6. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2008
7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2008/2009
8. Pelantikan AJK PIBG sesi 2009/2010
9. Pembentangan usul-usul.
10. Hal-hal lain.
11. Ucapan Penangguhan.

11.30 tengah hari : Majlis bersurai


YDP PIBG
AINUL HASNIZAM

Monday, February 23, 2009

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN

Pada 21hb Feb, SKC telah menjalankan satu Kem Motivasi Kepimpinan untuk Pengawas Sekolah bagi sesi 2009. Kem ini telah bermula dari Jam 8 pagi sehingga berakhir pada jam 5 petang. Para murid yang telah mengambil bahagian berasa amat seronok dapat belajar untuk menjadi Pemimpin masa hadapan.
PEMIMPIN MASA DEPAN BERMULA DARI SEKARANG.
YDP PIBG

Tuesday, February 17, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2008



Hari Anugerah Cemerlang 2008 telah diadakan pada 14hb Feb 2009 dan telah berjalan dengan lancar dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan majlis ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua yang telah memeriahkan dan turut serta menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang. Lebih daripada 100 pelajar telah menerima pelbagai hadiah bagi menghargai kejayaan mereka dalam berbagai bidang.


Bagi menjayakan majlis ini, pihak PIBG telah memberi sumbangan sebanyak RM6,000 untuk membayai segala perbelanjaan termasuk hadiah, sijil dan wang tunai. Pada tahun ini juga PIBG telah menyumbangkan Anugerah Khas untuk guru-guru UPSR yang telah berjaya melakukan ' Lonjatan Saujana' dalam keputusan UPSR 2008.

Monday, February 9, 2009

PTAs will get help, says ministry

EDUCATION Minister Datuk Seri Hisham-muddin Tun Hussein said Parent-Teacher Associations will be given sufficient allocations to carry out their activities despite the economic downturn.

“The allocations given will depend on the number of students and activities in each school.
“We do not intend to reduce the allocation for poor students, uniforms and textbooks,” he told reporters after a closed-door meeting with Pahang senior education officers recently.

The meeting was aimed at getting views and feedback on the ministry’s policies and programmes particularly the National Education Blueprint and the Teaching of Science and Mathematics in English (PPSMI).

Hishammuddin said a committee chaired by Education director-general Datuk Alimuddin Md Dom had analysed all views from interested parties on the implementation of PPSMI. —

Bernama

Hishammuddin jamin peruntukan PIBG cukup

24/01/2009 4:42pm
TEMERLOH 24 Jan. — Pengagihan peruntukan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menjalankan aktiviti tahunan tidak akan terjejas walaupun negara sedang berdepan dengan krisis ekonomi dunia, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan masih mampu menyediakan dan menyalurkan peruntukan mengikut keperluan PIBG terutamanya bagi menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah.
Peruntukan diluluskan bergantung kepada bilangan pelajar dan aktiviti yang akan dijalankan oleh sekolah berkenaan, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk mengurangkan peruntukan PIBG dan juga bantuan lain seperti pinjaman buku teks, pakaian sekolah dan bantuan untuk pelajar miskin.
Mengenai perjumpaan tertutup itu, Hishammuddin berkata perjumpaan itu bertujuan untuk mendengar pandangan mengenai pelaksanaan dasar dan program Kementerian Pelajaran di peringkat akar umbi.

Katanya ia meliputi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaan projek membabitkan Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Mengenai PPSMI, beliau berkata Jawatankuasa Induk Pelaksanaan PPSMI telah selesai menganalisis semua pandangan yang diterima daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung sama ada dasar itu wajar dikekalkan atau tidak.

“Pandangan itu termasuk melalui memorandum, saluran media, pandangan dan kajian yang dibentangkan di dalam Persidangan Meja Bulat pertama sehingga yang kelima baru-baru ini,” kata beliau.

— BERNAMA

Selamat Menyambut Hari Thaipusam

Thaipusam diraikan oleh penganut agama Hindu bersempena lahirnya Dewa Murugan, juga apabila ibunya Dewi Parvati memberikan lembing buat menghapus kejahatan yang dikenal sebagai Soorapadman.

Kejahatan dan kebejatan Soorapadman semakin hari semakin melampau kerana dia merupakan raksasa yang berkuasa. Ini membuatkan Siva mengarahkan Murugan; yang terkenal cekal, tabah dan bijak mengalahkan rakasasa tersebut.

Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

YDP PIBG