Monday, November 17, 2008

Cuti Akhir Tahun 2008


Selamat bercuti kepada semua warga SK Cochrane.

Semoga musim cuti yang panjang ini akan dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin.

Kepada yang bercadang untuk pergi bercuti atau balik kampung.. Selamat Bercuti and berhati-hati semasa di jalanraya.

Bagi pelajar-pelajar tahun 5, semoga sebahagian cuti sekolah yang panjang ini akan dapat digunakan sebagai pra-persediaan memasuki tahun 6 pada tahun 2009. Semoga ada semua akan dapat meneruskan kesinambungan pelajar tahun 6 (2008) dengan kejayaan yang lebih cemerlang lagi.



Sekali lagi tahniah kepada warga Cochrane terutama Guru-Guru yang telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan pelajar tahun 6 sessi 2008.







Sunday, November 16, 2008

UPSR 2008 - SYABAS



"USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN"....inilah kata-kata hikmat yang dapat diberikan kepada 16 orang pelajar cemerlang Sek. Keb Cochrane (SKC) Shahbandar yang telah memperolehi 5A dalam keputusan UPSR 2008. Tahun ini merupakan satu kejayaan yang cemerlang untuk SKC kerana dapat melahirkan pelajar cemerlang yang paling ramai sejak sekolah ini ditubuhkan. Pada tahun 2007, hanya 6 pelajar mendapat 5A. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 167% berbanding tahun lepas. Syabas dan jutaan tahniah untuk Cikgu Najib selaku Guru Besar dan guru-guru SKC terutama sekali guru Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan yang luar dugaan pada tahun ini. Jasa guru-guru semua akan dikenang sampai bila-bila. Untuk kesemua 16 pelajar cemerlang, jutaan tahniah diatas kejayaan yang diperolehi dan bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat 5A, kami harap jangan putus asa tetapi teruskan usaha semoga berjaya dengan cemerlang diperingkat PMR dan seterusnya SPM.

Senarai Penuh Pelajar Cemerlang (5A) 2008:

1. Arwind Raj a/l M Pandian
2. Mirza Hamizan Bin Ainul Hasnizam
3. Nursyifaa Athirah Binti Yaacob
4. Glen Khew Mun Loong
5. Janani a/p Subramaniam
6. Lim Er Win
7. Muhammad Syazwan Syafiq Bin Johari
8. Ng Suet Yee
9. Sabrinajeet Kaur a/p Sarabjeet Singh
10. Sumiyyah Binti Zulkifli
11. Tiffany Hoo
12. Brandon Tan Hwan Sing
13. Fong Jeng Wen
14. Madhn a/l Muthusamy
15. Muhammad Danial Bin Ramlee
16. Balachnadran a/l Tanabalan












Thursday, October 23, 2008

Happy Deepavali

"Happy Deepavali" to all PIBG members who are celebrating "Deepavali" on 27th October 2008.

Amalan rumah terbuka dan saling kunjung-mengunjung akan dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

Dalam kegembiraan menyambut Hari raya & Deepavali, Jangan lah pula kita lupa akan peperiksaan akhir tahun yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pihak kami akan cuba "Publish" jadual peperiksaan tersebut untuk rujukan para ibu/bapa.

Bagi pihak PIBG kami ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir tahun kepada semua pelajar-pelajar SK Cochrane.. ”Usaha itu tangga kejayaan

GOOD LUCK

Friday, September 26, 2008

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Haria Raya Aidilfitri kepada semua warga SK. Cochrane yang beragama Islam.

Kepada yang memandu untuk balik ke kampung, pandulah dengan cermat & berhati-hati..
Berhenti rehat jika anda mengantuk/kepenatan.
Saudara-mara anda sedang menunggu anda di kampung untuk menyambut hari raya bersama-sama.

Kami bagi pihak PIBG SK. Cochrane ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir dan batin atas segala kesilapan yang kami lakukan samada secara sedar atau tidak.

Semoga anda semua bergembira di hari raya dan selamat kembali untuk bertugas.

Tuesday, September 9, 2008

UPSR 2008

Selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua pelajar tahun 6 SK Cochrane.

Kami berdoa and berharap agar semua pelajar tahun 6 SK Cochrane akan dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan akan berjaya meraih keputusan yang cemerlang.

We (PIBG Team) wish you "All the best" and "Good Luck"

Semoga anda semua berjaya mendapat 5A.
Selamat maju jaya, semoga SK Cochrane berjaya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Saturday, August 9, 2008

SAMBUTAN PERTANDINGAN BOWLING MERIAH

Beberapa paparan semasa pertandingan hari ini.
















Secara keseluruhan sambutan sangat menggalakkan (“All lanes occupied”), Tahniah kepada pihak penganjur terutama Pn. Norsalawati atas usaha gigih beliau memastikan program tersebut berjalan lancar, tidak lupa kepada semua AJK yang telah sama-sama bekerjasama menjayakan program tersebut.













Kami juga ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas kerjasama para peserta & keluarga yang telah sama-sama menjayakan program ini.




Tidak ketinggalan para peyumbang dan penderma diucapkan ribuan TERIMA KASIH, tanpa sumbangan ikhlas dari tuan/puan program ini tidak akan mencapai kejayaan.
Hamper/hadiah (tempat ke 6-10), Sumbangan Johnson & Johnson.

Terima kasih kepada J&J dan En. Azila

KALUNGAN TAHNIAN kepada para pemenang:-

Wakil Pemenang tempat 1 - 3

(Keputusan penuh pertandingan akan dikemakini dalam masa terdekat)

Kepada yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan ”InsyaAllah”.

TERIMA KASIH SEMUA

Semoga kita akan berjumpa lagi di pertandingan yang sama pada tahun depan.

Wednesday, August 6, 2008

Ujian Bulanan Kali Kedua 2008

Ruj. Kami : SKC 06/05/004(52)
Tarikh : 31 Julai 2008

Ibu/Bapa/Penjaga,
SK Cochrane, Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

Ujian Bulanan Kali Kedua 2008
Dengan ini, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah akan mengadakan peperiksaan tersebut berdasarkan butiran berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2008 hingga 13 Ogos 2008 (Tahap 1 dan Tahap 2)
Jadual : Seperti yang dilampirkan
Alatulis : Pensel 2B, pemadam, pembaris dan yang berkaitan

Sekian. Harap maklum.

PERHATIAN :
1. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa selepas peperiksaan.
2. Rujuk Borang Kawalan untuk jangkamasa setiap subjek dijalankan.
3. Perubahan waktu rehat bertujuan untuk melicinkan perjalanan ujian.
Nota:
Terima Kasih kepada pihak Sekolah atas sumbangan maklumat di atas.

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG 2008/2009

PENASIHAT
EN. NAJIB BIN AWANG HASSAN

YANG DIPERTUA
EN. AINUL HASNIZAM BIN ABU HASSAN

NAIB YANG DIPERTUA
PN. NORSALAWATI BINTI HUSSIN

SETIAUSAHA
PN. RIZALINA BINTI SALIM

PEN. SETIAUSAHA
EN. JASMIN BIN ABDUL LAJIM

BENDAHARI
PN. ELIZABETH RAJAM A/P PETER DEVANAYAGAM

AJK IBU BAPA
EN. LIM LAI HENG
EN. MOHD ZAKILIAH MOHAMED HASSAN
EN. AZILA ABDULLAH
EN. V. KUMAR VEERAN
EN. AB. ALIM OTHMAN

AJK GURU
PN. AZIMAH BINTI ABDULLAH
CIK HASLIRA BINTI AB. HALIM
CIK AZLIZA BINTI ITHNIN
EN. AB. RAHMAN BIN MUHAMAD
EN. HUSNUL YAQIN BIN JALIUS

JURUAUDIT DALAMAN
EN. JAMALLUA’IN BIN MAT SOOT (GURU)
EN. THANABAL A/L SUPPIAH (IBU BAPA )

Wednesday, July 30, 2008

PERTANDINGAN BOWLING

PIBG S.K COCHRANE

Menjemput Anda Menyertai Pertandingan Bowling Amal Sambil Menambah DanaTabung PIBG S.k Cochrane
Bertempat di :
Ampang Superbowl @ Flamingo
3rd Floor, Plaza Flamingo,
No.2, Jalan Ulu Klang,
Taman Tasik Ampang,
68000 Ampang, Selangor

Tarikh : 9 hb Ogos 2008 (SABTU)
Masa : 2.00 petang
Penyertaan : 4 Peserta / Kumpulan
Yuran Penyertaan : RM 100/Kumpulan


Hadiah Pertama-Kelima = Wang Tunai

Keenam- Kesepuluh = Hamper


Marilah beramai-ramai beriadah sambil beramal

Untuk Keterangan Lanjut dan Pendaftaran sila hubungi

Cik Anis 03-9281 9509

Sunday, June 15, 2008

"SELAMAT HARI BAPA"
buat semua Bapa-Bapa terutama warga SK Cochrane

Perpustakaan S.K Cochrane

Tuan/Puan/Ibubapa dan seluruh warga SK Cochrane.
Pada 14hb Jun 2008, PIBG SK Cochrane telah mengadakan mesyuarat kali ke 2 selepas beberapa siri perbincangan dan pertemuan sebelumnya. Selepas mesyuarat diadakan, pihak AJK PIBG telah diberi kesempatan oleh pihak sekolah bagi mengadakan lawatan ke kawasan sekolah. Antara tempat-tempat yang sempat kami lawati ialah:
1. Perpustakaan
2. Bilik Darjah
3. Bilik Sains
4. Bilik Muzik
5. Bilik Pra-persekolahan
6. Bilik J-Qaf
7. Stor Sukan
8. Kantin
9. Kawasan Persekitaran Sekolah.
10. Surau dan beberapa tempat lain.

TERIMA KASIH kepada pihak guru terutama En. Najib (Guru Besar), Pn. Rohana (GPK Ko-Korikulum), Pn. Asnah (GPK Kurikulum) & Pn. Rizalina (Selaku Setiausaha PIBG) di atas kerjasama cikgu membenarkan kami melihat kemudahan dan prasarana sekolah.

Kami selaku AJK PIBG amat tidak menyangka dan terperajat semasa tiba di Perpustakaan sekolah apabila mendapati keadaan perpustakaan kita yang boleh dianggap serba kekurangan.
Buku-buku yang terdapat di dalamnya boleh dianggap jauh dari mencukupi.. Kami (AJK PIBG) sebulat suara berpendapat, kita selaku warga SK Cochrane perlu mengambil langkah segera dan drastik bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin. Sebagai langkah permulaan marilah KITA SAMA-SAMA MENYUMBANG ke arah menambah baikan dan meningkatkan keupayaan perpustakaan tersebut demi masa depan anak-anak kita. Sumbangan anda sangat dialu-alukan. Sumbangan berupa BUKU-BUKU atau WANG TUNAI boleh disalurkan kepada pihak PIBG atau terus kepada pihak sekolah.
Jika tuan-puan ada sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami di pibgcochrane@gmail.com atau datang terus ke sekolah berjumpa pihak Guru. Tuan/puan juga boleh menghantar "feedback" melalui blog ini.


Dikemaskini pada 19hb Jun 2008 dengan gambar-gambar tambahan yang lebih jelas sumbangan AJK PIBG.

Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU
.......buat seluruh warga/tenaga pengajar (guru-guru) S.K Cochrane.

"Jasa dan tenaga yang para guru curahkan untuk mendidik anak kami tidak akan dapat kami balas".

Kami (pihak AJK PIBG) dan seluruh ibu/bapa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru S.K Cochrane. Segala jasa dan budi yang dicurahkan tidak akan dapat dilupakan.
Semoga tuan/puan akan diberkati dan pihak kami juga berharap semua guru-guru akan dapat meneruskan kesinambungan perjuangan tersebut tanpa mengenal penat/lelah demi memajukan anak bangsa (anak-anak di S.K Cochrane) khususnya dan negara Malaysia amnya.

Sama-sama lah kita memartabat dan mempertingkatkan mutu pembelajaran dari masa ke semasa demi kemajuan anak bangsa kita.

"The future of the nation is on the shoulders of teachers and how they teach the kids; the future of the world is in the classroom where the teachers are. And if we have any chance to guarantee a positive bridge to the 21st century, it is how we educate the children in the classrooms today".
~ Richard Reginald