Tuesday, January 26, 2010

Terima Kasih Yayasan Pendidikan Titiwangsa ("YPT")






















Bagi Pihak PIBG dan SKC, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y. Bhg Dato Haji Astaman Bin Abdul Aziz atas kesudian beliau untuk hadir ke SKC bagi menyampaikan Amanat YPT 2010. Beliau berasa amat bangga diatas pencapaian SKC setakat ini dan mahu melihat SKC terus cemerlang dari tahun kesetahun. Untuk UPSR tahun 2009, SKC telah menjadi sekolah rendah terbaik dalam senarai YPT dan dapat mengalahkan SK Desa Pandan.


Dalam Amanat beliau, Y Bhg Datuk menekankan betapa pentingnya MASA dalam menentukan kejayaan seseorang. Beliau mengalakkan supaya pelajar Tahun 5 dan 6 banyakkan membaca dan jangan membuang masa dengan perkara2 yang tidak berfaedah. Untuk berjaya dengan cemerlang, semua pelajar harus bermuala dari sekarang. Beliau juga menasihatkan pelajar2 supaya jauhkan diri dari rokok dan dadah.


SKC amat bersyukur kerana senantiasa mendapat sokongan yang kuat dari Yayasan Pendidikan Titiwangsa sehingga kehari ini. Semoga kebaikan YPT akan dibalas dengan kemurahan rezeki dan kebaikan oleh Allah s.w.t.


Terima Kasih YPT.

Wednesday, January 20, 2010

Program Amanat 2010 Yayasan Pendidikan Titiwangsa

Untuk makluman semua warga SKC, Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT) akan menganjurkan Program Amanat 2010 di SKC pada 22hb Januari, hari Jumaat, jam 8 pagi, dimana amanat ini khusus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Sebagai acara tahunan YPT, Y. Bhg Datuk Astaman Bin Abdul Aziz akan menyampaikan ucapan suntikan semangat dan peransang kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2010. Program ini diharap dapat memberi pengisian yang berguna kepada semua pelajar Tahun 6 dalam usaha SKC meningkatkan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar.

Bagi pihak PIBG, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.Bhg Datuk keatas keprihatinan dan sokongan beliau yang berterusan kepada SKC.

Sekian, terima kasih.

YDP.

Mesyuarat PIBG 2009/2010

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2009/2010 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Januari 2010

Hari: Sabtu

Masa: 8 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat SK Cochrane

Kehadiran semua AJK PIBG adalah diwajibkan.

Kerjasama dan sokongan semua AJK PIBG didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas.

YDP - AINUL HASNIZAM

Wednesday, January 13, 2010

Permata Yang Hilang




Pada tanggal 17hb Dec 2009, kita semua telah dikejutkan dengan permegian Pn Asnah bt Yunos ke rahmatuallah. Kehilangan Allahyarhamah Pn Asnah bt Yunos adalah merupakan satu permata yang hilang untuk SKC. Pergorbanan Allahyarhamah terhadap SKC terlalu besar dalam menentukan kecemerlangan SKC dan hasilnya telah dapat dilihat apabila 37 pelajar memperolehi 5A untuk UPSR 2009. Ini merupakan satu peningkatan yang cemerlang sehingga SKC dipilih sebagai SEKOLAH HARAPAN.
Al-Fatihah dan mari kita sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah Pn Asnah bt Yunos senantiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah s.w.t.
Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang dicurahkan.
Amin.

Monday, January 11, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Buat julung kalinya Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan dengan penuh gilang gemilang pada tanggal 21hb November 2009 di Dewan SKC bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam berbagai bidang termasuk akademik, sukan, moral dan ko-kurikulum. Yang paling bersejarah ialah meraikan kejayaan SKC setelah 37 pelajar UPSR 2009 memperolehi 5A berbanding tahun sebelumnya hanya 16 pelajar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Pelajaran Titiwangsa ("YPT") yang diwakili oleh En Emir, Pengarah Urusan YPT diatas kesudian beliau untuk merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2009 dan terima kasih yang tak terhingga diatas sumbangan Pengerusi YPT, Dato Haji Astaman, sebanyak RM2,000 kepada SKC. Beliau sangat berasa bangga dengan kemajuan SKC dari tahun ke setahun lebih-lebih lagi apabila SKC telah dipilih sebagai SEKOLAH HARAPAN untuk ZON PUDU setelah meraih 37 pelajar 5A. SKC merupakan sekolah angkat YPT dan senantiasa mendapat sokongan dalam bentuk kewangan dan juga moral.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ibubapa, guru-guru dan warga SKC keseluruhannya yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang begitu padu untuk menaikkan mertabat dan kecemerlangan SKC supaya dapat berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain di Wilayah Persekutuan.

Bersam-sama ini dimuat turun gambar-gambar yang diambil semasa Hari Anugerah Cemerlang 2009 untuk tatapan kita semua.




















































Sunday, January 10, 2010

SKC catat sejarah baru........2009

Bersyukur kita pada tuhan apabila SKC berjaya mencatat sejarah baru apabila telah dapat menghasilkan pelajar 5A seramai 37 untuk UPSR tahun 2009. Ini merupakan satu peningkatan yang cemerlang berbanding 2008. Pada tahun 2008, jumlah pelajar yang mendapat 5A ialah 16, Ini bermakna pencapaian SKC dalam UPSR telah meningkat dari tahun ke setahun i.e ( tahun 2007(6 pelajar 5A), 2008(16 pelajar 5A). Atas kejayaan yang cemerlang ini, SKC telah dipilih sebagai SEKOLAH HARAPAN untuk ZON PUDU.
Sekalung jutaan taniah untuk Pengetua dan guru-guru SKC terutama sekali guru-guru tahun 6 yang telah bertungkus-lumus dan tak mengenal erti penat lelah dalam memastikan kejayaan yang cemerlang ini.

Jutaan terima-kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama pihak sekolah untuk memastikan kejayaan ini. Antaranya ialah AJK PIBG, Yayasan Pelajaran Titiwangsa, pihak korporat dan individu yang tak berhenti-henti membantu SKC.
Bersama-sama ini disertakan sebahagian wajah-wajah kegembiraan yang telah meletakkan SKC dikedudukan yang cemerlang.