Tuesday, July 27, 2010

Selesai sudah 2010 Jogathon





































Bersyukur kita kepada Allah swt kerana Majlis Larian Jogathon 2010 telah berjalan dengan lancar didalam suasana yang sungguh gembira dan ceria. Jutaan terima kasih kepada seluruh AJK program yang telah memastikan semua agenda berjalan dengan lancar. Seluruh warga SKC berasa bangga dan berterima kasih dengan kehadiran Y.Bhg Datuk Haji Astaman untuk merasmikan majlis dan beliau dengan baik hati telah memberi sumbangan sebanyak RM6,992.00 untuk menjadikan kutipan keseluruhan sebanyak RM60,000.00. Ini bermakna SKC telah berjaya melebihi sasaran sebanyak 50%. Sasaran yang diletakkan adalah RM40,000.00. Ini merupakan satu kejayaan yang cemerlang untuk semua pelajar, guru, ibubapa, PIBG dan seluruh warga SKC. Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua penyumbang dan penderma termasuk syarikat-syarikat swasta dan yayasan. Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua.
Terima kasih kepada semua.
YDP PIBG

Wednesday, July 21, 2010

LARIAN JOGATHON 2010


Kepada semua Guru-guru, pelajar, ibubapa dan seluruh warga SKC,
Syukur kita kepada Allah swt kerana setakat ini persediaan untuk Larian Jogathon 2010 telah berjalan dengan lancar dan sukacita dimaklumkan bahawa jumlah kutipan kita setakat ini telah melepasi sasaran kita sebanyak RM40,000. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru, pelajar, ibubapa dan ahli korporat, syarikat-syarikat dan seluruh warga SKC yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Larian Jogathon kali ini berjaya dengan cemerlang.
Kami berharap semua ibubapa dan seluruh warga SKC akan hadir pada hari Sabtu ini untuk memeriahkan Larian Jogathon dan meraikan kejayaan kita dalam mencari dana untuk SKC.
See you all and a lot of thanks to all parents, teachers, students and companies for the efforts and commitment to make our 2010 Jogathon the most successful event of 2010.
Thanks
YDP

Monday, July 5, 2010

Ceramah Keibubapaan Bulan Julai 2010


























Sempena Hari Buku Adab, satu ceramah keibubapaan telah diadakan pada 3hb Julai 2010 di Dewan Terbuka SKC dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr Abdol Aziz Bin Sahat diatas kesudian beliau untuk hadir menyampaikan ceramah motivasi. Beliau telah berkongsi pengalaman dan idea untuk mendidik anak yang cemerlang.

Serba sedikit ilmu yang diperolehi dari beliau pada hari tersebut:

4 musuh otak:
a. Kurangkan CAFFEINE
b. Jangan ketawa melampau lampau selepas ulangkaji pelajaran

c. Jangan bawa masalah dalam tidur

d. Jangan cepat panik.


Amalan Makanan yang baik:

a. Zat besi - banyakkan makan sayur bayam dan pegaga

b. Banyakkan makan makanan magnesium

c. Vitamin B-Comlex - Soya Bean and Tempe

d. Telur and jus mengkudu