Sunday, May 30, 2010

Terima Kasih Cikgu

Syukur kita kepada Allah kerana Majlis Sambutan Hari Guru SKC 2010 anjuran PIBG telah berjaya diadakan dengan penuh kemeriahan di Palace of Golden Horses pada 22 Mei 2010. Ini merupakan buat Kali-2 telah diadakan di tempat yang sama.

Majlis telah dirasmikan oleh En Emir Abd Jalal, Pengarah Urusan Yayasan Pelajaran Titiwangsa dan beliau telah menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM2,000 sebagai tanda menghargai pengorbanan guru-guru di SKC. Majlis telah dihadiri oleh lebih 40 orang guru dalam suasana yang sungguh meriah dan bersantai. PIBG mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan pihak individu dan korporat untuk menjayakan majlis yang amat bermakna ini. Tidak lupa kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis yang penuh gilang gemilang ini terutama sekali Pn Salawati, Naib YDP dan rakan-rakan beliau.









PIBG berharap supaya semua guru kita di SKC dapat terus manabur bakti dan menyumbang jasa serta pengorbanan untuk mendidik anak bangsa sehingga mencapai kerjayaan yang cemerlang.

Guru oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah negara
Jika hari ini Ulama yang mulia
Jika hari iniPeguam menang bicara
Jika hari ini Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Nukilah SN Datuk Usman Awang...............

" Nantikan sesi ke-dua iaitu gambar-gambar kenangan sekitar Sambutan Hari Guru di Palaca of Golden Horses...................."

Thursday, May 20, 2010

Majlis JASA MU DIKENANG


Harap maklum bahawa sempena Hari Guru 2010, PIBG SKC akan mengadakan Majlis Jasa Mu Dikenang untuk meraikan guru-guru SKC yang telah banyak berjasa kepada anak-anak kita.


Majlis tersebut akan diadakan seperti tersebut:

Tempat : Palace of Golden Horses, Serdang.

Tarikh : 22hb Mei 2010

Jam : 11.00 pagi - 5.00 petang.

Ibubapa yang berminat untuk hadir bersama dan meraikan guru-guru kita, boleh hubungi YDP ditalian 019-662 1060 untuk pendaftaran.

Pembayaran : RM50 ( Dewasa ) dan RM24 (Kanak-kanak). Jumlah dari hasil kutipan sebanyak RM5 akan dimasukkan kedalam Tabung PIBG. Pembayaran boleh dibuat dikaunter pendaftaran di hotel lobby.


Sekian, terima kasih.


YDP PIBG.




Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu SKC

Kepada semua warga pendidik SKC,

Kami ibubapa kepada anak-anak di SKC ingin mengucapkan Selamat Hari Guru dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa cikgu-cikgu dalam mendidik anak-anak kami untuk menjadi manusia yang berjaya dimasa hadapan.

Jasa cikgu akan dikenang sepanjang hayat dan kami medoakan semoga cikgu dan keluarga senantiasa berada dalam penuh kesejahteraan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Guru itu ibarat lilin yang membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain. Ya Allah, kau berikan segala rahmatmu kepada cikgu-cikgu di SKC.

Terima kasih, cikgu.

Wakil kepada semua ibubapa SKC.

Friday, May 14, 2010

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2010

Syukur Alhamdulillah, pada tanggal 7hb & 8 hb Mei, saya telah dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama dgn GB dan guru-guru sekolah SKC bagi melihat sendiri bagaimana pelajar-pelajar diSKC dilentur dan dididik untuk menjadi Pemimpin masa depan. Sebenarnya tugas seorang guru bukan lah mudah. Mereka bertugas siang dan malam untuk memastikan anak didik mereka menjadi orang yang berguna di masa depan.


Pelajar-pelajar telah berpeluang bermalam disekolah dan berbagai aktiviti telah diatur seperti perbincangan dalam kumpulan, persembahan secara spontan, majlis kerohanian dan moral dan ceramah motivasi dari Dr Azmi.
Pelajar-pelajar kelihatan sungguh bersemangat dan saya berharap mereka akan menaikkan kecemerlangan SKC dan menjadi rakyat yang berjasa kepada negara satu hari nanti.