Thursday, March 25, 2010

Mesyuarat Agong PIBG Kali - 7


Mesyuarat Agong PIBG Kali-7 telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 6hb Mac 2010 walaupun kedatangan ibubapa amat mengecewakan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nazmi Bin Mohd Noor, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan dan Operasi, Kementerian Pendidikan Malaysian. Beliau merupakan seorang motivator dan berkongsi ilmu dan tips untuk diamalkan oleh guru dan ibu bapa untuk melatih ke arah minda yang positif, iaitu:

1. Guru-guru perlu mengucapkan sayang kepada murid-murid di awal pengajaran untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang.

2. Setiap keluarga perlu mengamalkan (ROM) “Renewal of Marriage”.

3. Meransang minda bawah sedar dengan membisik pada minda untuk mendapat 5A
dalam UPSR sebelum tidur.

4. Ibu bapa perlu didik anak tentang pengawalan emosi sejak kecil untuk mengelakkan
‘silent protest’ dalam diri anak-anak serta dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah.

5. Mengingatkan tentang kekuatan berdoa adalah penting bagi kehidupan manusia.

Tuan Haji merasmikan mesyuarat pada hari ini pada jam 10.30 pagi.

Mesyuarat sebulat suara menetapkan RM50 bagi kutipan SUMBANGAN PIBG setiap tahun untuk setiap keluarga dan akan bermula dari Tahun 2011. Ibubapa perlu membayar sumbangan PIBG ini sebelum 31 Mac setiap tahun. Untuk tahun 2010, tiada perubahan dan ibubapa hanya perlu membayar sebanyak RM20. Sumbangan PIBG ini adalah untuk menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti PIBG dalam membantu pihak sekolah untuk menjadikan SK Cochrane yang cemerlang dan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Encik Ainul bersyukur dan berterima kasih di atas kepercayaan dan pemilihan beliau sekali lagi sebagai Yang DiPertua PIBG untuk penggal 2010/2011.

Beliau berharap AJK 2010/2011 dapat bekerjasama untuk merealisasikan matlamat 5A seramai 50 orang dalam UPSR tahun ini.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK 2009/2010 yang telah banyak menbantu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PIBG sepanjang 2009. Badi mereka

Yang DiPertua menangguhkan mesyuarat pada jam 1.20 tengah hari.

Friday, March 12, 2010

TEAM HOKI SKC
























































Pada 3hb Mac, saya berkesempatan melihat pasukan hoki kita beraksi di Stadium Hoki Lembah Pantai, Bangsar dan bangga melihat anak-anak kita mempunyai semangat yang tinggi untuk menang dalam perlawanan walaupun terpaksa bermain dibawah cahaya matahari yang amat perit.

Secara keseluruhan, saya tengok perjalanan pasukan hoki SKC masih jauh untuk menjadi pasukan yang cemerlang seperti SK Bdr Tun Razak yang telah menjadi juara lebih dari setahun.

Walaubagaimana pun, kita masih tidak terlambat. Cikgu Jamal telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk menjadikan pasukan hoki SKC sebuah pasukan yang cemerlang. Beliau mempunyai keyakinan untuk cemerlang tapi SKC amat memerlukan bantuan daripada semua pihak dalam bentuk kelengkapan yang lebih baik seperti kayu hoki, sokongan moral dan bantuan kewangan daripada semua pihak terutama sekali ibubapa SKC. Bantuan kewangan amat diperlukan untuk memastikan pasukan hoki kita mendapat latihan yang intensif.

Untuk menjadi pasukan yang cemerlang memerlukan tindakan yang luar biasa dan pengorbanan yang berterusan.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sukan Hoki MSSKL dan SKC sebagai HOST untuk tahun 2010.

Majulah Hoki Untuk SKC.


YDP PIBG.