Wednesday, April 21, 2010

Aktiviti Gotong-Royong 2010

Pada pagi Sabtu, 17hb April, bermula dari jam 8.00pagi hingga 11.30 pagi, SKC telah menganjurkan aktiviti gotong-royong antara PIBG dan pihak sekolah. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat setiakawan, kemesraan dan kerjasama yang erat antara PIBG dan guru-guru dalam aktiviti-aktiviti menjaga kebersihan sekolah. Majlis telah berjalan dengan lancar dan ramai yang telah hadir untuk bersama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah hadir dan kepada GB dan guru-guru SKC.





























Tuesday, April 20, 2010

HAPPY BIRTHDAY GB!

Pada tanggal 17hb April 2010, kami telah meraikan Hari Ulangtahun GB, En. Najib Awang Hassan yang ke-52 di Kantin SKC. Pada hari yang sama juga, En.Najib menyambut ulangtahun perkahwinan beliau yang ke-27. Satu majlis doa selamat dan memotong pulut kuning telah diadakan untuk meraikan majlis tersebut. Kami mendoakan semoga En. Najib dan seluruh ahli keluarga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, murah rezeki dan senantiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam menerajui kepimpinan SKC kesatu tahap yang cemerlang.




Wednesday, April 14, 2010

PART 1 : SEKITAR KEMERIAHAN SUKAN KALI-7


Thanks to all parents and teachers for their excellent participation in SKC Annual Sports Day 2010. Great thanks to Datuk Haji Astaman Abdul Aziz for officiating the event and his kind donation of RM2,000 to our school.


Overall the event was better than last year and congratulations to all of our students for their sporting spirit and to all dedicated teachers for their great commitmment in making this year Sports Day the most memorable event.
















































Suasana Meriah Persiapan Temasya Sukan Ke-7


THANKS TO ALL OF YOU.........................





















































Thursday, April 8, 2010

SUKAN TAHUNAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Sukan Tahunan 2010 akan diadakan pada Hari Sabtu, 10hb April 2010 di Padang Sekolah bermula Jam 7.30pagi hingga 12.30 tengahari. Temasya sukan akan dirasmikan oleh Yg. Bhg Datuk Hj. Astaman Abdul Aziz, Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

Semua ibubapa dan warga SKC dijemput hadir untuk memeriahkan acara sukan kita tahun ini.

Majulah Sukan Untuk SKC

Terima kasih,

YDP PIBG

Monday, April 5, 2010

Barisan Majlis Ahli JawatanKuasa PIBG 2010/2011


Adalah dengan ini dimaklumkan senarai Majlis Ahli JawatanKuasa ("AJK") PIBG bagi penggal 2010/2011 yang telah diundi dan diterima didalam Mesyuarat Agung Kali Ke-7 pada 6 Mac 2010 di Dewan Terbuka SK Cochrane Jalan Shahbandar.
Penasihat : En. Najib Bin Awang Hassan
Yang DiPertua : En. Ainul Hasnizam Bin Abu Hassan ( Ibu bapa )
Naib Yang DiPertua : Pn. Norsalawati Binti Hussin ( Ibu Bapa )
Setiausaha Kehormat : Pn. Noorlizah Binti Zainal ( Guru )
Penolong Setiausaha : Pn. Norhalizawati Binti Mahzir( guru )
Bendahari Kehormat : Cik Hartini Binti Abd. Aziz ( guru )
Juru Audit Dalaman : En. Mohd Jafri B Awang ( Ibu bapa )

Ahli Jawatankuasa :

AJK Guru :
: Pn. Raimah @ Norhidayah Binti Haji Mohd Salleh
: Pn. Norazlin Binti Ismail
: Pn. Norma Binti Husin
: En. Azizi Bin Yaziz
: En. Ariffin Bin Singah

AJK Ibu Bapa :
: En. Ab. Alim Othman
: En. Hardeep Singh a/l Ram Singh
: En. V. Kumar Veeran
: En. Jasmin Abdul Lajin
: Pn. Adiyah Haron