Wednesday, February 24, 2010

Saturday, February 6, 2010

Catatan Majlis Bersama Ibubapa Tahun 6





















Syukur kita kepada tuhan kerana majlis hari ini telah berjalan dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan seluruh warga SKC yang telah berusaha untuk memastikan majlis dapat diadakan bagi memenuhi objektif. Lebih daripada 50% ibubapa yang hadir sebagai sokongan dan komitmen mereka terhadap anak-anak mereka yang akan menduduki UPSR 2010. Pelajar-pelajar tahun 6 telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan 5A dengan membaca ikrar murid dihadapan guru dan ibubapa. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abdol Razak Bin Haji Endon, Tim Setiausaha Cawangan Profesionalisme Kauselor, Kementarian Pelajaran Malaysia diatas kehadiran beliau sebagai Penceramah Motivasi. Beliau telah berkongsi idea dan pengalaman bagaimana untuk menjadi ibubapa dan anak yang cemerlang. Sesi dialog bersama ibubapa telah berjalan dengan penuh jayanya. Guru-guru tahun 6 telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk memastikan persediaan harus dilakukan dari sekarang. Guru-guru telah berkongsi dengan ibubapa cara-cara menjawab kertas soalan dan "marking system". Sebagai penutup, Guru Besar telah mengingatkan ibubapa bahawa hari ini adalah merupakan "Pembukaan Gelanggang" dan sokongan ibubapa yang berterusan adalah amat diperlukan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dan lebih ramai pelajar akan mendapat 5A tahun ini.

Tuesday, February 2, 2010

YEAR 6 PARENTS MEET TEACHERS

We are pleased to inform that SKC will conduct a dialogue with Year 6 parents to discuss an action plan and program for early preparation of UPSR 2010. The dialogue will be held as follows:

Date: 06 Feb 2009

Time: 8.30am

Venue: Dewan Terbuka SKC

All parents of YEAR 6 are encouraged to attend this dialogue for the benefit of your children in achieving an EXCELLENT results.

Your cooperation and supports is highly required and appreciated.

Thanks

YDP PIBG.