Sunday, June 15, 2008

"SELAMAT HARI BAPA"
buat semua Bapa-Bapa terutama warga SK Cochrane

Perpustakaan S.K Cochrane

Tuan/Puan/Ibubapa dan seluruh warga SK Cochrane.
Pada 14hb Jun 2008, PIBG SK Cochrane telah mengadakan mesyuarat kali ke 2 selepas beberapa siri perbincangan dan pertemuan sebelumnya. Selepas mesyuarat diadakan, pihak AJK PIBG telah diberi kesempatan oleh pihak sekolah bagi mengadakan lawatan ke kawasan sekolah. Antara tempat-tempat yang sempat kami lawati ialah:
1. Perpustakaan
2. Bilik Darjah
3. Bilik Sains
4. Bilik Muzik
5. Bilik Pra-persekolahan
6. Bilik J-Qaf
7. Stor Sukan
8. Kantin
9. Kawasan Persekitaran Sekolah.
10. Surau dan beberapa tempat lain.

TERIMA KASIH kepada pihak guru terutama En. Najib (Guru Besar), Pn. Rohana (GPK Ko-Korikulum), Pn. Asnah (GPK Kurikulum) & Pn. Rizalina (Selaku Setiausaha PIBG) di atas kerjasama cikgu membenarkan kami melihat kemudahan dan prasarana sekolah.

Kami selaku AJK PIBG amat tidak menyangka dan terperajat semasa tiba di Perpustakaan sekolah apabila mendapati keadaan perpustakaan kita yang boleh dianggap serba kekurangan.
Buku-buku yang terdapat di dalamnya boleh dianggap jauh dari mencukupi.. Kami (AJK PIBG) sebulat suara berpendapat, kita selaku warga SK Cochrane perlu mengambil langkah segera dan drastik bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin. Sebagai langkah permulaan marilah KITA SAMA-SAMA MENYUMBANG ke arah menambah baikan dan meningkatkan keupayaan perpustakaan tersebut demi masa depan anak-anak kita. Sumbangan anda sangat dialu-alukan. Sumbangan berupa BUKU-BUKU atau WANG TUNAI boleh disalurkan kepada pihak PIBG atau terus kepada pihak sekolah.
Jika tuan-puan ada sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami di pibgcochrane@gmail.com atau datang terus ke sekolah berjumpa pihak Guru. Tuan/puan juga boleh menghantar "feedback" melalui blog ini.


Dikemaskini pada 19hb Jun 2008 dengan gambar-gambar tambahan yang lebih jelas sumbangan AJK PIBG.