Sunday, May 31, 2009

Benar PIBG Kutip "Yuran Aksesori"

Berita Harian bertarikh 31 Mei 2009, Ahad.

Kementarian Pelajaran membenarkan PIBG serta pihak sekolah membuat kutipan yuran tambahan atau "yuran aksesori". Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom, bagaimanapun berkata, kementarian tidak menetapkan harga siling bagi bayaran yuran tambahan itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada PIBG serta pihak sekolah.

Pekeliling mengenai perkara itu sudah diedarkan tanpa ada jumlah minimum dan maksimum, cuma ia perlu dibuat selaras keperluan sekolah, aktiviti pelajar dan juga latar belakang ibu bapa.

Daripada,
YDP

Thursday, May 28, 2009

Sekitar Hi-Tea Hari Guru 2009





















































Terima Kasih diucapkan kepada semua guru yang hadir kemajlis Hi-Tea Jasa Mu Dikenang sempena Hari Guru 2009. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK PIBG terutama sekali Pn Salawaty yang telah berjaya mengadakan majlis ini untuk mengenangkan jasa guru-guru SKC yang tidak ternilai kepada anak-anak kita semua.


























































































































































































Thursday, May 21, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana berkesempatan menghadiri majlis Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan hari ini di Stadium Titiwangsa. Satu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah tema Hari Guru pada tahun ini iaitu " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". Tema ini amat bertepatan dalam melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia, jati diri yang kukuh dan semangat cinta akan negara. Warga pendidik mempunyai tugas yang amat mencabar dalam melaksanakan tujuan ini terutama dalam dunia yang mencabar.

Guru diharapakan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan terkini dan memainkan peranan yang penting dalam usaha membina negara bangsa.Hasrat ini akan terlaksana sekiranya semua yang terlibat komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas serta senantiasa mendukung budaya progresif.

Saya berharap semoga warga pendidik agar terus berusaha tanpa jemu dalam menbangunkan modal insan kelas pertama.

Sesungguhnya, jasamu guru akan dikenang sepanjang hayat.

YDP PIBG

Wednesday, May 20, 2009

JASA MU DIKENANG

Sempana Hari Guru dan sebagai menghargai jasa guru-guru SKC yang tidak ternilai, maka satu majlis Hi-Tea Bersama Guru SKC akan diadakan pada hari Sabtu, 23hb May 2009, bertempat di Palace of Golden Horses Hotel, Seri Kembangan. Pihak PIBG berharap semoga semua guru SKC dapat menghadirkan diri dan kami amat berbesar hati diatas kedatangan semua guru SKC kemajlis ini.

Terima Kasih


Bagi pihak PIBG SKC


Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SKC dan jasa mu amat kami hargai dalam mendidik anak-anak kami. Cikgu ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi kehidupan orang lain. Kami berharap semoga guru-guru SKC akan terus bermotivasi dan bersemangat dalam mendidik anak-anak kami dizaman yang mencabar ini supaya menjadi manusia yang berguna dimasa hadapan . Kami doakan semoga semua guru SKC dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

TERIMA KASIH CIKGU DAN SIAPALAH KAMI TANPAMU.

Bagi Pihak Semua Ibubapa SKC Shahbandar.

YDP PIBG
Ainul

Thursday, May 7, 2009

SUMBANGAN PIBG BERTAMBAH

Sukacita dimaklumkan bahawa sumbangan PIBG telah bertambah kepada RM17,850. Ini bermakna dianggarkan seramai 357 keluarga telah membuat sumbangan kepada PIBG. Kami berharap semoga jumlah ini akan terus bertambah dari hari ke hari.

Kepada mereka yang telah membuat sumbangan, ribuan terima kasih diucapkan.

YDP PIBG

Friday, May 1, 2009

SUMBANGAN PIBG

Setakat ini jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM15,600. Ini adalah dianggarkan seramai lebih kurang 300 keluarga telah membuat sumbangan kepada Tabung PIBG. Jumlah ini adalah terlalu kecil kalau dibandingkan dengan seramai 750 keluarga di SKC. PIBG memohon kepada keluarga yang masih belum membuat sumbangan supaya dapat melakukannya kepada pihak persatuan atau pihak pentadbiran sekolah.

Sumbangan anada adalah amat diperlukan demi kebaikan anak-anak kita di SKC.

Sekian, terima kasih.