Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009

Saya mewakili semua warga SKC mendoakan semoga anak-anak kita yang sedang menduduki UPSR pada hari ini hingga ke hari Rabu, akan senantiasa berada dalam keadaan tenang dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Kami berharap semoga jumlah pelajar yang akan mendapat 5A akan bertambah ramai untuk tahun ini dan seterusnya memecah rekod 2008 iaitu seramai 16 orang.

Semoga akan berjaya dengan cemerlang, INSYALLAH.

YDP PIBG SKC

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa, Sumbangan Anak Yatim dan Solat Hajat UPSR akan diadakan pada 3hb September 2009 . Majlis akan bermula dari Jam 6.30 ptg.

Semua dijemput hadir ke majlis yang amat bermakna ini.

Sekian, terima kasih.

YDP PIBG

Tuesday, September 1, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

Ribuan Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan Bulan Sukan SKC 2009 yang telah diadakan sepanjang bulan Julai 2009. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Datin Che Sharifah Bt Ismail, Isteri kepada YB Dato Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan, diatas kesudian beliau merasmikan BULAN SUKAN PIBG SKC PEMULA 2009. Juga tidak dilupakan kepada semua penderma-penderma diatas segala bentuk sumbangan yang telah diberikan sepanjang bulan sukan.
















































Team My_PIBG vs GB






Perlawanan Bolasepak persahabatan antara pasukan My_PIBG and pasukan GB ( Guru Besar) telah diadakan dan keputusannya pasukan GB telah mengalahkan pasukan My_PIBG dengan
3 Gol berbalas 2.






























































SEPAGI BERSENAMROBIK DI SKC












































































































































































Suasana Gembira di Gelanggang Ampang Bowl