Thursday, September 2, 2010

Perjumpaan Ibubapa UPSR


























Pada 27hb August 2010, satu perjumpaan dengan ibubapa UPSR telah diadakan sebagai salah satu persiapan terakhir sebelum pelajar-pelajar menduduki peperiksaan selepas Hari Raya. Walaupun kehadiran ibubapa amat mendukacitakan, tetapi guru-guru SKC telah menunjukkan semangat yang begitu tinggi dan komited untuk memastikan sasaran seramai 50 pelajar 5A akan tercapai. Rata-rata ibubapa yang hadir pada hari tersebut amat berpuas hati dengan perjelasan dari guru-guru dan seterusnya mereka lebih jelas dengan apakah tindakan susulan yang perlu diambil sebagai persiapan terakhir sebelum hari peperiksaan.
Saya yang mewakili PIBG, mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Guru Besar, barisan penolong kanan terutama sekali Puan Rehan, semua guru tahun 6 dan seluruh warga SKC yang telah bertungkus-lumus selama 9 bulan mendidik dan membimbing pelajar-pelajar Tahun 6 dalam menyiapkan diri mereka untuk menempuh alam peperiksaan UPSR.
Sebagai kata-kata terakhir, kami mendoakan semoga segala usaha yang telah dicurahkan akan membuahkan hasil seperti yang kita hajatkan.
Selamat Maju Jaya kepada semua calon UPSR SKC.
Sekian, terima kasih
YDP






























No comments: