Kami mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon-calon UPSR yang akan menempuh alam peperiksaan mulai pada 21hb Sept hingga 23hb Sept. Kami doakan semoga semua calon akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan yakin.
Selamat Berjaya dengan CEMERLANG.
Yang Mendoakan,
PIBG dan Seluruh Warga SKC.
Monday, September 20, 2010
Majlis Penyerahan Buku Cerita oleh Bank of Tokyo













Last but not least, thanks to everyone who involved in the project.
PIBG
Monday, September 6, 2010
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR & BATIN
Sempena Hari Raya yang akan menjelang tiba, saya yang mewakili PIBG SKC ingin mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua warga SKC dan pelajar yang beragama Islam. Bagi mereka yang akan membuat perjalanan jauh untuk pulang kekampung, nasihat kami ialah "BERHATI-HATI DIJALANRAYA".
Untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR bermula pada 21hb Sept, kami berharap semoga tidak terlalu ghairah untuk menyambut hari raya sehingga lupa mengulangkaji pelajaran disaat-saat akhir. Raya boleh dapat setiap tahun tapi UPSR hanya datang sekali dalam seumur hidup. Dengan itu UPSR adalah lebih penting setelah penat berusaha.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG
Untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR bermula pada 21hb Sept, kami berharap semoga tidak terlalu ghairah untuk menyambut hari raya sehingga lupa mengulangkaji pelajaran disaat-saat akhir. Raya boleh dapat setiap tahun tapi UPSR hanya datang sekali dalam seumur hidup. Dengan itu UPSR adalah lebih penting setelah penat berusaha.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG
Thursday, September 2, 2010
Perjumpaan Ibubapa UPSR










Saya yang mewakili PIBG, mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Guru Besar, barisan penolong kanan terutama sekali Puan Rehan, semua guru tahun 6 dan seluruh warga SKC yang telah bertungkus-lumus selama 9 bulan mendidik dan membimbing pelajar-pelajar Tahun 6 dalam menyiapkan diri mereka untuk menempuh alam peperiksaan UPSR.
Sebagai kata-kata terakhir, kami mendoakan semoga segala usaha yang telah dicurahkan akan membuahkan hasil seperti yang kita hajatkan.
Selamat Maju Jaya kepada semua calon UPSR SKC.
Sekian, terima kasih
YDP
Wednesday, September 1, 2010
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 2010









Majlis berbuka puasa, solat hajat dan bacaan yasin untuk pelajar UPSR dan sembahyang terawih telah diadakan pada 26hb August 2010 di SKC dalam usaha untuk mendoakan kejayaan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR selepas Hari Raya.
Kami berdoa semoga pelajar-pelajar kita akan berjaya dengan cemerlang dan sasaran 50 pelajar 5A untuk tahun ini akan tercapai.
Kami juga bersyukur kerana pada malam tersebut, seramai 51 orang pelajar yang tidak berkemampuan telah menerima duit raya dari PIBG sebanyak RM50 seorang dan juga hadiah.
Kami juga menerima tetamu khas iaitu kanak-kanak daripada Tadika Perpaduan untuk bersama-sama berbuka puasa. Semoga Allah akan memberi kerahmatan dan keberkatan kepada SKC dan seluruh warga SKC.
Sekian, terima kasih.
YDP
Subscribe to:
Posts (Atom)