Friday, March 6, 2009

USUL PENTING

Salah satu usul yang telah diluluskan semasa Mesyuarat Agung Ke-6 ialah SUMBANGAN PIBG untuk 2009. Sebagaimana semua sedia maklum, pihak Menteri Pelajaran telah memansuhkan yuran sekolah pada tahun ini. Semua ibubapa beranggapan bahawa semua bayaran tidak perlu dibayar termasuk kos peralatan, kertas peperiksaan dan sebagainya. Pesoalannya sekarang dimana dan bagaimana pihak sekolah hendak menampung perbelanjaan sekolah di dalam menyediakan perkara-perkara seperti berikut:



  • Kertas peperiksaan PKSR 1&2 serta ujian 1&2
  • Kegiatan agama Islam dan Moral

  • Kejohanan sukan tahunan serta penyertaan pelajar-pelajar didalam kejohanan MSSKL
  • dan berbagai aktiviti untuk kebaikan anak-anak kita.

Memandangkan semua yang disebut diatas adalah amat penting untuk anak-anak kita maka ahli-ahli PIBG telah sebulat suara meluluskan usul untuk mengutip RM50 dari setiap keluarga untuk menampung semua pembelajaran dan aktiviti-aktiviti PIBG.


Adakah jumlah RM50 ini terlalu berat untuk ditampung oleh ibubapa?


Jawapannya tentulah TIDAK . Sekiranya kita bahagi 12 bulan, maka jumlah yang disumbangkan oeh setiap keluarga hanya RM4 sebulan. Jumlah ini adalah terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan masa depan anak-anak kita yang tidak ternilai.


Dengan itu, demi masa depan anak-anak kita dan ingin melihat anak-anak kita berjaya dengan cemerlang maka semua ahli PIBG adalah dengan ini diminta untuk menyerahkan SUMBANGAN PIBG sebanyak RM50 kepada pihak sekolah secepat mungkin.


Sekiranya kita cepat mengumpul dana, maka banyaklah aktiviti yang akan dapat dmulakan dan dijayakan pada tahun ini.


"SETIAP KEJAYAAN ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN"

YDP PIBG










No comments: