Saturday, March 7, 2009

Mesyuarat Bulanan Pertama 2009

Pada hari ini, 07/03/09, semua AJK PIBG telah berjaya mengadakan mesyuarat yang pertama untuk 2009. TIGA(3) perkara penting telah dibincangkan dan tindakan susulan telah dipersetujui oleh semua AJK seperti berikut:-

1. KEBERSIHAN TANDAS - Kebanyakkan tandas berada dalam keadaan yang amat tidak memuaskan dan tindakan segera harus diambil untuk memperbaiki kerosakkan yang sedia ada. Pihak tadbir sekolah telah memaklumkan kepada pihak jabatan pelajaran tapi akan memakan masa untuk mendapat tindak balas. Atas sebab perkara ini amat penting untuk diselesaikan, maka pihak AJK telah memutuskan supaya PIBG mengambil tindakan segera membantu sekolah menyelesaikannya secepat mungkin demi keselesaan pelajar SKC.

2. KESELAMATAN PELAJAR - Senantiasa menjadi agenda penting yang dibincangkan demi keselamatan anak-anak kita semasa disekolah. Pihak AJK telah mengusulkan supaya pihak sekolah menyediakan Guru Bertugas yang tegas untuk mengawal keselamatan pelajar terutamanya semasa waktu balik. Tindakan tegas juga akan diambil keatas Syarikat Pengawal Keselamatan sekiranya Pengawal Keselamatan yang sedia ada tidak komited dan mempunyai masalah disiplin. Disamping itu, pihak sekolah juga dalam proses untuk menyediakan WARDEN TRAFFIC untuk mengawal keselamatan jalanraya.

3. DUIT SUMBANGAN PIBG - Seperti yang telah dipersetujui semasa mesyuarat Agung PIBG KE-6, setiap keluarga WAJIB membayar RM50 untuk sumbangan PIBG dan surat akan dikeluarkan kepada semua ibubapa oleh pihak sekolah secepat mungkin. PIBG berharap semoga semua kutipan boleh dibuat sebelum berakhir bulan March. Dengan ini PIBG akan dapat menjayakan semua aktiviti-akiviti 2009 secepat mungkin demi kebaikan anak-anak kita semua. Walaubagaimana pun, sekiranya terdapat ahli-ahli yang ingin memberi sumbangan lebih, ianya adalah amat kami alu-alukan. Sila hubungi YDP, AJK atau Pihak Sekolah.

Selain daripada isu-isu yang dibincangkan, AJK PIBG akan berkerjasama dengan pihak sekolah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

1. GOTONG ROYONG PERDANA akan diadakan pada 04/04/09, hari Sabtu Jam 8.00 - 11.00 pagi. Semua ibubapa dan guru adalah dijemput hadir dan kami memohon sebarang sumbangan dari semua ahli untuk menjayakan Hari Gotong Royong Perdana ini. Sekiranya ada ahli yang hendak memberi sumbangan demi kebaikan sekolah kita, sila hubungi 019-662 1060 YDP PIBG, AJK dan Pihak Sekolah.

2. TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2009 - akan diadakan pada 11/04/09, hari Sabtu di Padang SKC. Semua ibubapa yang berhajat untuk memberi sebarang sumbangan untuk menjayakan sukan tahunan ini adalah amat dialu-alukan. Sila hubungi YDP atau AJK PIBG.

PIBG juga telah mengucapkan setinggi-tinggi taniah kepada PASUKAN BOLASEPAK SKC diatas kejayaan buat KALI PERTAMA sejak sekolah ditubuhkan dapat mewakili sekolah untuk ZON PUDU. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaaan pasukan bolasepak SKC ketahap yang lebih tinggi dan menaikkan nama SKC. Pertandingan peringkat ZON akan diadakan pada bulan APRIL. Sekiranya ada ahli-ahli PIBG yang ingin memberi bantuan dalam bentuk kewangan untuk menbantu pemain-pemain kita, sila hubungi YDP atau AJK PIBG. "MAJULAH SUKAN UNTUK SKC".


Sekian, terima kasih.
PIBG SKC

No comments: