Wednesday, March 25, 2009
PROJEK GOTONG ROYONG
Pihak sekolah bersama PIBG akan mengadakan gotong royong bagi mengindahkan kawasan sekolah pada ketetapan berikut:
Tarikh: 4 April 2009
Masa: 8.00 pagi
Tempat: SK Cochrane
Akiviti yang akan dijalankan ialah mengecat tangga, mengecat jeriji besi, membersihkan kawasan sekolah, longkang dan projek bumi hijau.
Berhubung dengan itu, pihak PIBG mengalu-alukan derma / sumbangan kewangan untuk menjayakan aktiviti tersebut.
Sila hubungi YDP (019-662 1060) atau mana-mana AJK PIBG.
Kerjasama dan keperhatinan tuan/puan, ibu bapa/penjaga terhadap perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG
Ainul Hasnizam Bin Abu Hassan.
Wednesday, March 11, 2009
Panduan Mendidik Anak
hanya akan belajar menghina
• anak yang sering diherdik,
hanya akan belajar melawan
• anak yang sering diperkecil-kecilkan,
hanya akan jadi seorang yang pemalu
• anak yang sering dicemburui,
akan merasa bersalah
• anak yang hidup dalam suasana toleransi,
akan menjadi penyabar
• anak yang sering diberi dorongan,
akan menjadi bertambah yakin
• anak yang sentiasa dipuji,
akan belajar mensyukuri
• anak yang hidup dalam kegembiraan,
akan menjadi adil
• anak yang hidup dalam keadaan selamat,
akan teguh pendirian
• anak yang dihormati,
akan belajar mencintai dirinya.
Bahan hasilan Pengetua SKC
Monday, March 9, 2009
Senarai AJK PIBG SKC sesi 2009/2010
En. Najib Bin Awang Hassan
YANG DIPERTUA
En. Ainul Hasnizam Bin Abu Hassan
NAIB YANG DIPERTUA
Pn. Norsalawati Bte Hussin
SETIAUSAHA KEHORMAT
Pn. Sharidah Bt Ab Karim
PEN. SETIAUSAHA
Pn. Mai Farah Zaiti Bt. Meor Chek Hussien
BENDAHARI KEHORMAT
En. Wan Ahmad Shukri B. Wan Ahmad Shauddin
AJK GURU
Cik. Zakiah Bt. Mansor
Miss Lim Cheah Yee
Pn. Raimah @ Hidayah
Pn. Ernie Safiza Bt Shari
Pn. Wan Noraini
AJK IBU BAPA
En Mohd Syazman B Muhamad
En. Ab. Alim Othman
En. Jasmin A Lajin
Mr. V. Kumar Veeran
En. Azila Abdullah
JURUAUDIT DALAMAN
Cik Norfaizah Bt Johar (Guru)
En. Mohd Jafri B Awang (Ibu Bapa)
Saturday, March 7, 2009
Mesyuarat Bulanan Pertama 2009
1. KEBERSIHAN TANDAS - Kebanyakkan tandas berada dalam keadaan yang amat tidak memuaskan dan tindakan segera harus diambil untuk memperbaiki kerosakkan yang sedia ada. Pihak tadbir sekolah telah memaklumkan kepada pihak jabatan pelajaran tapi akan memakan masa untuk mendapat tindak balas. Atas sebab perkara ini amat penting untuk diselesaikan, maka pihak AJK telah memutuskan supaya PIBG mengambil tindakan segera membantu sekolah menyelesaikannya secepat mungkin demi keselesaan pelajar SKC.
2. KESELAMATAN PELAJAR - Senantiasa menjadi agenda penting yang dibincangkan demi keselamatan anak-anak kita semasa disekolah. Pihak AJK telah mengusulkan supaya pihak sekolah menyediakan Guru Bertugas yang tegas untuk mengawal keselamatan pelajar terutamanya semasa waktu balik. Tindakan tegas juga akan diambil keatas Syarikat Pengawal Keselamatan sekiranya Pengawal Keselamatan yang sedia ada tidak komited dan mempunyai masalah disiplin. Disamping itu, pihak sekolah juga dalam proses untuk menyediakan WARDEN TRAFFIC untuk mengawal keselamatan jalanraya.
3. DUIT SUMBANGAN PIBG - Seperti yang telah dipersetujui semasa mesyuarat Agung PIBG KE-6, setiap keluarga WAJIB membayar RM50 untuk sumbangan PIBG dan surat akan dikeluarkan kepada semua ibubapa oleh pihak sekolah secepat mungkin. PIBG berharap semoga semua kutipan boleh dibuat sebelum berakhir bulan March. Dengan ini PIBG akan dapat menjayakan semua aktiviti-akiviti 2009 secepat mungkin demi kebaikan anak-anak kita semua. Walaubagaimana pun, sekiranya terdapat ahli-ahli yang ingin memberi sumbangan lebih, ianya adalah amat kami alu-alukan. Sila hubungi YDP, AJK atau Pihak Sekolah.
Selain daripada isu-isu yang dibincangkan, AJK PIBG akan berkerjasama dengan pihak sekolah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
1. GOTONG ROYONG PERDANA akan diadakan pada 04/04/09, hari Sabtu Jam 8.00 - 11.00 pagi. Semua ibubapa dan guru adalah dijemput hadir dan kami memohon sebarang sumbangan dari semua ahli untuk menjayakan Hari Gotong Royong Perdana ini. Sekiranya ada ahli yang hendak memberi sumbangan demi kebaikan sekolah kita, sila hubungi 019-662 1060 YDP PIBG, AJK dan Pihak Sekolah.
2. TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2009 - akan diadakan pada 11/04/09, hari Sabtu di Padang SKC. Semua ibubapa yang berhajat untuk memberi sebarang sumbangan untuk menjayakan sukan tahunan ini adalah amat dialu-alukan. Sila hubungi YDP atau AJK PIBG.
PIBG juga telah mengucapkan setinggi-tinggi taniah kepada PASUKAN BOLASEPAK SKC diatas kejayaan buat KALI PERTAMA sejak sekolah ditubuhkan dapat mewakili sekolah untuk ZON PUDU. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaaan pasukan bolasepak SKC ketahap yang lebih tinggi dan menaikkan nama SKC. Pertandingan peringkat ZON akan diadakan pada bulan APRIL. Sekiranya ada ahli-ahli PIBG yang ingin memberi bantuan dalam bentuk kewangan untuk menbantu pemain-pemain kita, sila hubungi YDP atau AJK PIBG. "MAJULAH SUKAN UNTUK SKC".
Sekian, terima kasih.
PIBG SKC
Friday, March 6, 2009
USUL PENTING
- Kertas peperiksaan PKSR 1&2 serta ujian 1&2
- Kegiatan agama Islam dan Moral
- Kejohanan sukan tahunan serta penyertaan pelajar-pelajar didalam kejohanan MSSKL
- dan berbagai aktiviti untuk kebaikan anak-anak kita.
Memandangkan semua yang disebut diatas adalah amat penting untuk anak-anak kita maka ahli-ahli PIBG telah sebulat suara meluluskan usul untuk mengutip RM50 dari setiap keluarga untuk menampung semua pembelajaran dan aktiviti-aktiviti PIBG.
Adakah jumlah RM50 ini terlalu berat untuk ditampung oleh ibubapa?
Jawapannya tentulah TIDAK . Sekiranya kita bahagi 12 bulan, maka jumlah yang disumbangkan oeh setiap keluarga hanya RM4 sebulan. Jumlah ini adalah terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan masa depan anak-anak kita yang tidak ternilai.
Dengan itu, demi masa depan anak-anak kita dan ingin melihat anak-anak kita berjaya dengan cemerlang maka semua ahli PIBG adalah dengan ini diminta untuk menyerahkan SUMBANGAN PIBG sebanyak RM50 kepada pihak sekolah secepat mungkin.
Sekiranya kita cepat mengumpul dana, maka banyaklah aktiviti yang akan dapat dmulakan dan dijayakan pada tahun ini.
"SETIAP KEJAYAAN ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN"
YDP PIBG
Tuesday, March 3, 2009
Perutusan Penghargaan YDP 2009/2010
YDP 2009/2010
AINUL HASNIZAM BIN ABU HASSAN
ainulhassan868@yahoo.com
Monday, March 2, 2009
Ucapan Terima Kasih.



