Tuesday, July 27, 2010

Selesai sudah 2010 Jogathon





































Bersyukur kita kepada Allah swt kerana Majlis Larian Jogathon 2010 telah berjalan dengan lancar didalam suasana yang sungguh gembira dan ceria. Jutaan terima kasih kepada seluruh AJK program yang telah memastikan semua agenda berjalan dengan lancar. Seluruh warga SKC berasa bangga dan berterima kasih dengan kehadiran Y.Bhg Datuk Haji Astaman untuk merasmikan majlis dan beliau dengan baik hati telah memberi sumbangan sebanyak RM6,992.00 untuk menjadikan kutipan keseluruhan sebanyak RM60,000.00. Ini bermakna SKC telah berjaya melebihi sasaran sebanyak 50%. Sasaran yang diletakkan adalah RM40,000.00. Ini merupakan satu kejayaan yang cemerlang untuk semua pelajar, guru, ibubapa, PIBG dan seluruh warga SKC. Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua penyumbang dan penderma termasuk syarikat-syarikat swasta dan yayasan. Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua.
Terima kasih kepada semua.
YDP PIBG

No comments: