Wednesday, April 21, 2010

Aktiviti Gotong-Royong 2010

Pada pagi Sabtu, 17hb April, bermula dari jam 8.00pagi hingga 11.30 pagi, SKC telah menganjurkan aktiviti gotong-royong antara PIBG dan pihak sekolah. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat setiakawan, kemesraan dan kerjasama yang erat antara PIBG dan guru-guru dalam aktiviti-aktiviti menjaga kebersihan sekolah. Majlis telah berjalan dengan lancar dan ramai yang telah hadir untuk bersama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah hadir dan kepada GB dan guru-guru SKC.





























No comments: