Thursday, May 21, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana berkesempatan menghadiri majlis Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan hari ini di Stadium Titiwangsa. Satu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah tema Hari Guru pada tahun ini iaitu " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". Tema ini amat bertepatan dalam melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia, jati diri yang kukuh dan semangat cinta akan negara. Warga pendidik mempunyai tugas yang amat mencabar dalam melaksanakan tujuan ini terutama dalam dunia yang mencabar.

Guru diharapakan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan terkini dan memainkan peranan yang penting dalam usaha membina negara bangsa.Hasrat ini akan terlaksana sekiranya semua yang terlibat komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas serta senantiasa mendukung budaya progresif.

Saya berharap semoga warga pendidik agar terus berusaha tanpa jemu dalam menbangunkan modal insan kelas pertama.

Sesungguhnya, jasamu guru akan dikenang sepanjang hayat.

YDP PIBG

No comments: