Tuesday, April 14, 2009

SUKAN TAHUNAN KE-6 2009

Bersyukur kita kerana majlis Sukan Tahunan ke-6 yang diadakan buat pertama kalinya di padang sekolah telah dapat diadakan dengan jaya dan meriah. Ribuan terima kasih kepada semua ibubapa dan guru-guru yang telah hadir untuk sama-sama memberi semangat kepada anak-anak kita. Jutaan terima kasih kepada AJK PIBG dan guru-guru yang telah membantu untuk memastikan majlis sukan ini berjalan dengan lancar. Terima kasih tak terhingga kepada Ybhg Datuk Haji Astaman atas kehadiran beliau untuk meresmikan penutupan dan sumbangan beliau sebanyak RM2,000 untuk Tabung PIBG SKC. Majlis kali ini telah mengambarkan semangat kemesraan dan tolong-menolong antara ibubapa dan guru-guru SKC untuk menjadikan SKC sebuah sekolah yang melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang. PIBG berharap semoga pihak ibubapa akan terus memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam merealisasikan hasrat ini.












































No comments: