Saya mewakili semua warga SKC mendoakan semoga anak-anak kita yang sedang menduduki UPSR pada hari ini hingga ke hari Rabu, akan senantiasa berada dalam keadaan tenang dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Kami berharap semoga jumlah pelajar yang akan mendapat 5A akan bertambah ramai untuk tahun ini dan seterusnya memecah rekod 2008 iaitu seramai 16 orang.
Semoga akan berjaya dengan cemerlang, INSYALLAH.
YDP PIBG SKC
Tuesday, September 8, 2009
Thursday, September 3, 2009
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa, Sumbangan Anak Yatim dan Solat Hajat UPSR akan diadakan pada 3hb September 2009 . Majlis akan bermula dari Jam 6.30 ptg.
Semua dijemput hadir ke majlis yang amat bermakna ini.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG
Semua dijemput hadir ke majlis yang amat bermakna ini.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG
Tuesday, September 1, 2009
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
Ribuan Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan Bulan Sukan SKC 2009 yang telah diadakan sepanjang bulan Julai 2009. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Datin Che Sharifah Bt Ismail, Isteri kepada YB Dato Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan, diatas kesudian beliau merasmikan BULAN SUKAN PIBG SKC PEMULA 2009.
Juga tidak dilupakan kepada semua penderma-penderma diatas segala bentuk sumbangan yang telah diberikan sepanjang bulan sukan

.







Subscribe to:
Posts (Atom)