Kami amat bersyukur kerana dapat mengadakan Majlis Hari Kanak-Kanak untuk tahun 2009.
Thursday, November 12, 2009
Monday, November 2, 2009
AKTIVITI BULAN NOVEMBER
Aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah bermula pada 20hb November 2009 adalah seperti berikut:
1. HARI KANAK-KANAK SKC
Tarikh : 13hb November, Hari Jumaat
2. HARI ANUGERAH CEMERLANG
Tarikh : 21hb November , Hari Sabtu.
Diharapkan semoga semua ibubapa dapat melapangkan diri untuk menghadiri dan meraikan aktiviti-aktiviti tersebut.
Sekian, terima kasih.
1. HARI KANAK-KANAK SKC
Tarikh : 13hb November, Hari Jumaat
2. HARI ANUGERAH CEMERLANG
Tarikh : 21hb November , Hari Sabtu.
Diharapkan semoga semua ibubapa dapat melapangkan diri untuk menghadiri dan meraikan aktiviti-aktiviti tersebut.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, October 6, 2009
PANDUAN MENDIDIK ANAK
Panduan Mendidik Anak • anak yang sering dikritik, hanya akan belajar menghina • anak yang sering diherdik, hanya akan belajar melawan • anak yang sering diperkecil-kecilkan, hanya akan jadi seorang yang pemalu • anak yang sering dicemburui, akan merasa bersalah • anak yang hidup dalam suasana toleransi, akan menjadi penyabar • anak yang sering diberi dorongan, akan menjadi bertambah yakin • anak yang sentiasa dipuji, akan belajar mensyukuri • anak yang hidup dalam kegembiraan, akan menjadi adil • anak yang hidup dalam keadaan selamat, akan teguh pendirian • anak yang dihormati, akan belajar mencintai dirinya.
Friday, October 2, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Saya, mewakili PIBG, berharap masih tidak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga SKC.
Dpd: PIBG SKC
Dpd: PIBG SKC
Thursday, October 1, 2009
Tuesday, September 8, 2009
UPSR 2009
Saya mewakili semua warga SKC mendoakan semoga anak-anak kita yang sedang menduduki UPSR pada hari ini hingga ke hari Rabu, akan senantiasa berada dalam keadaan tenang dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Kami berharap semoga jumlah pelajar yang akan mendapat 5A akan bertambah ramai untuk tahun ini dan seterusnya memecah rekod 2008 iaitu seramai 16 orang.
Semoga akan berjaya dengan cemerlang, INSYALLAH.
YDP PIBG SKC
Semoga akan berjaya dengan cemerlang, INSYALLAH.
YDP PIBG SKC
Thursday, September 3, 2009
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa, Sumbangan Anak Yatim dan Solat Hajat UPSR akan diadakan pada 3hb September 2009 . Majlis akan bermula dari Jam 6.30 ptg.
Semua dijemput hadir ke majlis yang amat bermakna ini.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG
Semua dijemput hadir ke majlis yang amat bermakna ini.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG
Tuesday, September 1, 2009
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
Ribuan Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan Bulan Sukan SKC 2009 yang telah diadakan sepanjang bulan Julai 2009. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Datin Che Sharifah Bt Ismail, Isteri kepada YB Dato Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan, diatas kesudian beliau merasmikan BULAN SUKAN PIBG SKC PEMULA 2009.
Juga tidak dilupakan kepada semua penderma-penderma diatas segala bentuk sumbangan yang telah diberikan sepanjang bulan sukan

.







Subscribe to:
Posts (Atom)